Gold

5 SEBAB KENAPA PERLU SIMPAN EMAS

1) Emas ialah kekayaan yang sebenar.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.


. Low - USD 255.39
· High - USD 1214.80
· Kenaikan emas selama 10 tahun = 375.66%
· Purata kenaikan emas selama setahun = 37.57%

Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.

Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).


4) Aset yang terunggul.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes. 5) Tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama. Akhir kata penganglah sabda Nabi SAW

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.



RIZAB EMAS NEGARA DUNIA - US MENDAHULUI



Tiada satu pun negara Islam tersenarai antara "top ten" negara pemegang emas dunia. Agak mengecewakan. Tatkala beberapa individu dan intelektual Islam bertungkus lumus mempromosikan emas sebagai matawang untuk perdagangan, negara-negara di blok barat bertungkus lumus pula di dalam pengumpulannya. US yang acapkali kita mengutuk mereka dek penggunaan dolar yang semakin hari semakin susut nilainya, telah senyap-senyap mendahului negara-negara lain di dalam menyimpan emas, malah ianya adalah 77% daripada keseluruhan 'reserve'nya. Fenomena ini membenarkan lagi teori dajal yang sering dilaung-laungkan oleh beberapa individu pendokong dinar sebelum ini iaitu menghidangkan barang susut nilai kepada orang lain di merata dunia sebaliknya menyimpan emas secara senyap-senyap. Seterusnya, menjayakan lagi misi mereka menawan dunia dengan dolar palsu mereka. Apapun tidak semua negara mempercayai dolar.

Mengikut perkembangan terkini, India telah cuba menembusi "list of top ten largest holder of gold" dengan membelanjakan sekitar 6.7 bilion USD bagi membeli sebanyak 200 tan emas! Dalam hal ini, "salute" sewajibnya diberikan kepada penasihat RBI (Reserve Bank of India)mereka. RBI ternyata melawan arus perdana mentaliti ortodok orang-orang bank yang telah lama menghapuskan peranan emas di dalam kegiatan mereka. Walaupun India negara yang miskin, tetapi orang mereka agak bijak dalam hal ini. Kesannya, tak sampai beberapa bulan, mereka telah pun untung sebanyak USD300 juta kerana pembelian mereka sebanyak 6.7 bilion dolar itu kini telah berharga 7 bilion dolar!

Namun demikian perjanjian terhadap pembelian emas dengan IMF itu adalah ternyata masih jauh dari segi peratusannya berbanding keseluruhan "reserve"nya. Apapun peningkatan emas tetap ada, itu yang lebih mustahak. Sedikit demi sedikit lama lama jadi bukit bak kata orang tua Melayu. Tidaklah diketahui pula apakah perjanjian yang telah dimeterai dengan IMF itu mempunyai motif tersendiri atau adakah konsep "udang disebalik batu" yang mahu diaplikasikan sebagai perangkap yang dipasang IMF?. India harus lebih berhati-hati dalam hal ini. Bukannya su'uzzon tetapi melihatkan kepada "background" mahupun sejarah IMF, tidak banyak yang boleh dibanggakan melainkan hanya kesusahan yang ditanggung dengan pelbagai syarat yang dikenakan kepada pihak yang ingin atau telah berurusan dengan mereka. Dalam kes pembelian emas oleh India ini, kemungkinan teori sebegini adalah amat sukar untuk diketepikan begitu sahaja.

Portugal pula selayaknya diberi gelaran negara yang paling teguh di dunia kerana simpanan emas mereka betul-betul menggambarkan kekayaan yang dimiliki oleh mereka. Ini bermaksud Portugal adalah negra yang mengembangkan ekonominya dengan berpandukan simpanan emas yang mereka ada. Mungkin selepas ini, para pengkaji dinar boleh menyelidiki kenapa Portugal, tidak negara lain? Adakah melibatkan budaya mereka atau mereka memang betul-betul faham akan pentingnya emas di dalam pembangunan ekonomi. Malah, jika kita lihat, bagi kebanyakkan negara barat yang lain, sudah pun melangkaui 50% daripada keseluruhan "reserve"nya adalah daripada simpanan emas dan menunjukkan mereka mempunyai "back up plan" yang paling kukuh, paling strategik dan paling bersedia terhadap sebarang kemungkinan.

Fenomena seperti ini sepatutnya menggusarkan negara-negara Islam secara keseluruhannya.Malaysia pula bagaimana? Tatkala Tun Mahathir (dan orang-orang di belakangnya yang memberi idea tentang ini) hampir tercabut anak tekak memperkatakan perdagangan dengan nilai emas 10 tahun dulu, sekali lagi istilah "Melayu memang mudah lupa" dipertontonkan apabila BNM sekali lagi menyusutkan simpanan emas mereka sebanyak 59 tan. Terkini, jumlah rizab BNM sekitar 12 tan sahaja berbanding 72 tan sekitar 1990-1999 (www.thedti.gov.za). Sudahlah jauh daripada top ten list, menyusut pula. Harap-harapnya Malaysia akan cepat-cepat bangkit dari lamunan ini!



Dipetik dari http://www.dziauddin.blogspot.com/

Powered by Blogger